Thursday 8 August 2013

Salam Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri
&
Maaf Zahir Batin

dari kami di CetusanRasa Delight

Saturday 11 May 2013

Menghias Cupcake Menggunakan Fondant

Masih dalam topik fondant, kerana itu adalah subjek untuk latihan peserta berkelompok hari ini. Cumanya pn isteri dan 2 ilhams tidak dapat bersama memeriahkan kelas kerana Ilham Raihana ada hari Sukan di IIUM. 
Tadika Educare, IIUM Gombak

Jadi kami terpaksa pecah 2, Ilham 2 dan 3 ikut mama dan Ilham 1 ikut abah. Kalau ikutkan mama Ilham, memang tak kasi kakak Ilham ikut abahnya, tapi en suami tu terpaksa agree kerana dah semalaman dok merengek nak ikut. Sapalah pi bocor rahsia topik untuk latihan nie???


Menghias menggunakan fondant hanya perlu mengikuti beberapa asas panduan:

Koordinasi warna: warna kenalah vibrant barulah ceria... juga warna tema yg digunakan

by our brother's @KiutCupcakes
Simplicity:  bagi saya tak perlu over design, simple design kalu kena caranya cantik

Sekadar gambar hiasan (sumber online)

Perasaan: Ceria dan gumbira semasa meng-fondant akan menghasilkan hiasan yang cantik

Comel tak bumble bee ni.....????

Jangan takut mencuba.... Pastikan tidak tergesa-gesa semasa membuat hiasan fondant...

SELAMAT MENCUBA



Fondant: Buat sendiri vs Beli siap

Minggu ini posting saya banyak dalam membuat perbandingan. Hari ini saya nak banding samada lebih elok membuat fondant sendiri (dari mula sampai akhir) atau beli sahaja fondant siap yang boleh didapati di kedai bakeri.


Mula sekali apa itu fondant?
Fondant juga dikenali sebagai pes gula (sugar paste). Tu dah kira macam kasi hint tu.. hehe bahan asas fondant ialah gula. Kira macam gula yang boleh diuli dan dibentukkan. Dan semestinya amat manis.

Kakak ilham kalau dapat fondant nie abisla kalau tak monitor... lebih makan dari hasil. Di rumah kami fondant kira macam barang terlarang termasuk juga hiasan siap seperti chocolate rice, coloured rise dan  lain-lain. Siap mama ilham letak pelekat bertulis-"ILHAM YOU ARE NOT ALLOWED TO EAT THIS"



BELI SIAP (READY MADE)
Ready made fondant keluaran Bakels-
kenapa Bakels? sebab mudah didapati
di kedai bakeri dan rasanya sedap
Kebaikan:
  • Mudah dan rasa pun sedap
  • Harga dipasaran amat berpatutan
  • Boleh dapat dalam pelbagai warna jadi tak perlu susah payah mewarnakan fondant
Keburukan:
  • Tak boleh control kekenyalan (keras atau lembik) fondant



BUAT SENDIRI (HOMEMADE)
Jangan lupa tutup fondant dengan plastik
jika tidak digunakan- tidak semesti clingwrap,
plastik bungkus biasa pun boleh

Kebaikan:
  • Rasa puas hati sebab buat sendiri (sayalah kot yang rasa begini orang lain tak tahu)
  • Boleh control keras atau lembik fondant tu masa membancuh
  • Tidaklah mahal
Keburukan:
  • Renyah (en suami saya memang tak sukalah kerenyahan proses pembuatan fondant ini)

Friday 10 May 2013

Cheese tart vs Fruit tart

Hari ini mari bercerita pasal tart- kegemaran anak saya. Base untuk kedua-dua tart ini adalah sama cuma intinya sahaja berlainan. Juga 1 perlu dibakar kali ke 2 dan 1 lagi tidak perlu.

Yang mana satu kegemaran anda??

Fruit tart
Inti tart buah ini hanyalah custart. Buah-buahan pulak boleh letak ikut citarasa masing-masing cuma kalau ganti durian ke rambutan ke macam pelikla pulakkan (kakak ilham pernah tanya soalan ini). Kalu nak nampak berkilau-kilau macam kat hotel tu sapu ajer cecair jeli atasnya.


Cheese tart
Tart keju pulak antara kegemaran kakak Ilham. Kalau perasan nama kakak Ilham ajer yang asyik disebut-sebut dalam blog ini... hahah ini sebab adik-adik Ilham dua dua tak suka makan manisan.

Berbalik pada tart keju, inti untuk tart ini boleh letak blueberry, strawberrt, kiwi, chocolate etc ikut citarasa masing-masing.

Hiasan jua terpulang pada citarasa masing-masing untuk menconteng atas keju sebelum dibakar.

Apa pun yang mana pilihan hati anda???

Wednesday 1 May 2013

Happy Birthday Abah Ilhams

Selamat harijadi buat en suami.. jatuh pada hari Pekerja.
Pagi-pagi buta Ilham 1 dah kejut ingatkan nak buat kek untuk abah Ilham.
Kalaulah tiap-tiap pagi senang bangun macam ni bestnyerlah hai.

Mama tak larat nak buat dari mula  jadi suruh kakak Ilham guna premix cupcake abah, guna separuh bancuhan... hehehe...  udah tu dah suruh buat cupcake ajer sonang cerita, tapi makcik ni sibuk nak gak buat kek sebab lebih senang untuk menghias.. Atas permintaan, aktiviti mendeco diserahkan sepenuhnya pada Ilham 1 terutama bab fondant. Silap sungguh. \

Ni baru mula aktiviti mengkaler fondant, tak lama lepas nie dah macam rainbow tangan tu.

Buttercream untuk buat bunga ros kena keras. Guna nozzle yang berbentuk air mata (tear drop). Lupa pulak apa nombor nozzle.Untuk buat kon dalam ros, sebab kakak Ilham masih belum mahir, kami menggunakan wafer cone. Jadi tinggal buat kelopak sahaja. 1-3-5-7. 
Ada satu lagi teknik buat ros, lagi senang kot sebab dia tak guna teknik kelopak macam di atas, tapi belum pernah cuba.. akan dmasukkan ke dalam senarai-untuk dicuba.

Not bad for a 10 year old kid
Untuk tepi pulak mulanya Ilham nak buat shell borderla, basket weavelah... huala...mama malas sungguh nak layan, jadi suruh dia swirl guna nozzle kegemaran mama nozzle 1M/807 (kalau tak salah). untuk buat hiasan cupcake pun cantik guna nozzle nie...
Sempoi side design using 1M nozzle tip

Aktiviti mendeco terhenti separuh jalan kerana mama Ilham naik angin..patutlah fondant tak siap-siap.. lebih banyak yang masuk mulut dari yang buat.. Grrrr

Kesimpulan dari harini, jika nak buat aktiviti bersama anak:
1. Setkan theme
2. Senaraikan hiasan yang perlu dibuat seperti bunga ke, figurine ke
3. Setkan masa
4. Banyak-banyakkan bersabar. Hehehe

Saturday 27 April 2013

Program Menjana Mendapatan Azam Kerja Kelompok- Kem Wardieburn

Inilah kumpulan pertama CRD untuk Program Azam Kerja Berkelompok, isteri-isteri tentera di Kem Wardieburn.

Agenda yang sama seperti Program Individu cumanya peralatan tidak diberikan kepada setiap peserta tetapi untuk dikongsi bersama. Pihak tentera memberi kerjasama yang baik dengan menyediakan satu bilik operasi untuk peserta-peserta CRD- (ada aircon tu.. mantop).

Nampak bersemangat para peserta mengikuti latihan


Monday 22 April 2013

Sejarah Apron CRD

Bagi yang tidak tahu, apron CRD ini mempunyai sejarah tersendiri.

Setelah diberi nama

Apron ini ataupun sebenarnya dikenali di UK sebagai tabard bukanlah apron memasak tetapi lebih kepada apron untuk tukang cuci wanita.

Dan apron CRD ini ialah khas untuk tukang cuci wanita di Loughborough University dimana kami berdua belajar. Apron ini diberi oleh sahabat isteri, Puan Siti Aminah dan Puan Fauziah

Loughborough University (sumber: www.lboro.ac.uk)