Saturday 11 May 2013

Fondant: Buat sendiri vs Beli siap

Minggu ini posting saya banyak dalam membuat perbandingan. Hari ini saya nak banding samada lebih elok membuat fondant sendiri (dari mula sampai akhir) atau beli sahaja fondant siap yang boleh didapati di kedai bakeri.


Mula sekali apa itu fondant?
Fondant juga dikenali sebagai pes gula (sugar paste). Tu dah kira macam kasi hint tu.. hehe bahan asas fondant ialah gula. Kira macam gula yang boleh diuli dan dibentukkan. Dan semestinya amat manis.

Kakak ilham kalau dapat fondant nie abisla kalau tak monitor... lebih makan dari hasil. Di rumah kami fondant kira macam barang terlarang termasuk juga hiasan siap seperti chocolate rice, coloured rise dan  lain-lain. Siap mama ilham letak pelekat bertulis-"ILHAM YOU ARE NOT ALLOWED TO EAT THIS"



BELI SIAP (READY MADE)
Ready made fondant keluaran Bakels-
kenapa Bakels? sebab mudah didapati
di kedai bakeri dan rasanya sedap
Kebaikan:
  • Mudah dan rasa pun sedap
  • Harga dipasaran amat berpatutan
  • Boleh dapat dalam pelbagai warna jadi tak perlu susah payah mewarnakan fondant
Keburukan:
  • Tak boleh control kekenyalan (keras atau lembik) fondant



BUAT SENDIRI (HOMEMADE)
Jangan lupa tutup fondant dengan plastik
jika tidak digunakan- tidak semesti clingwrap,
plastik bungkus biasa pun boleh

Kebaikan:
  • Rasa puas hati sebab buat sendiri (sayalah kot yang rasa begini orang lain tak tahu)
  • Boleh control keras atau lembik fondant tu masa membancuh
  • Tidaklah mahal
Keburukan:
  • Renyah (en suami saya memang tak sukalah kerenyahan proses pembuatan fondant ini)

No comments:

Post a Comment