Wednesday 1 May 2013

Happy Birthday Abah Ilhams

Selamat harijadi buat en suami.. jatuh pada hari Pekerja.
Pagi-pagi buta Ilham 1 dah kejut ingatkan nak buat kek untuk abah Ilham.
Kalaulah tiap-tiap pagi senang bangun macam ni bestnyerlah hai.

Mama tak larat nak buat dari mula  jadi suruh kakak Ilham guna premix cupcake abah, guna separuh bancuhan... hehehe...  udah tu dah suruh buat cupcake ajer sonang cerita, tapi makcik ni sibuk nak gak buat kek sebab lebih senang untuk menghias.. Atas permintaan, aktiviti mendeco diserahkan sepenuhnya pada Ilham 1 terutama bab fondant. Silap sungguh. \

Ni baru mula aktiviti mengkaler fondant, tak lama lepas nie dah macam rainbow tangan tu.

Buttercream untuk buat bunga ros kena keras. Guna nozzle yang berbentuk air mata (tear drop). Lupa pulak apa nombor nozzle.Untuk buat kon dalam ros, sebab kakak Ilham masih belum mahir, kami menggunakan wafer cone. Jadi tinggal buat kelopak sahaja. 1-3-5-7. 
Ada satu lagi teknik buat ros, lagi senang kot sebab dia tak guna teknik kelopak macam di atas, tapi belum pernah cuba.. akan dmasukkan ke dalam senarai-untuk dicuba.

Not bad for a 10 year old kid
Untuk tepi pulak mulanya Ilham nak buat shell borderla, basket weavelah... huala...mama malas sungguh nak layan, jadi suruh dia swirl guna nozzle kegemaran mama nozzle 1M/807 (kalau tak salah). untuk buat hiasan cupcake pun cantik guna nozzle nie...
Sempoi side design using 1M nozzle tip

Aktiviti mendeco terhenti separuh jalan kerana mama Ilham naik angin..patutlah fondant tak siap-siap.. lebih banyak yang masuk mulut dari yang buat.. Grrrr

Kesimpulan dari harini, jika nak buat aktiviti bersama anak:
1. Setkan theme
2. Senaraikan hiasan yang perlu dibuat seperti bunga ke, figurine ke
3. Setkan masa
4. Banyak-banyakkan bersabar. Hehehe

No comments:

Post a Comment